http://www.malaysiakini.com/news/172679
Mungkin ramai yang tak puas hati kenapa perkataan 'bogel' digunakan dalam bulan Ramadhan.
Jawapan aku mudah, kalau Nurul Izzah boleh 'jahilkan' Timbalan Ketua Polis Negara, aku pun boleh bogelkan dia. Dan bukan sesuatu yang pelik nak 'bogel'kan Nurul Izzah sebab video bapak dia bogel pun orang dah tengok. Bogel dalam tulis aku adalah 'dedah'kan semua fakta berkaitan demonstrasi @ rusuhan di UK.
Seperti yang aku janjikan tadi, MyMassa akan dedahkan apa yang terjadi di UK untuk mengkantoikan spinning yang dilakukan oleh Nurul Izzah. Sememangnya apa yang berlaku di UK sekarang adalah rusuhan. Tetapi ianya berpunca oleh demonstrasi kecil-kecilan.
Sumber: Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/2011_England_riots).
Kalau wikipedia tidak kuat untuk meyakinkan pembaca, kita ikuti kronologi rusuhan di London dari BBC News (http://www.bbc.co.uk/news/uk-14436499).
Dari sumber sahih di atas, jelas menunjukkan rusuhan yang berlaku adalah berpunca daripada demonstrasi secara 'aman' yang tidak terkawal.
Jadi, atas dasar apakah Nurul Izzah menggelarkan Timbalan Ketua Polis Negara sebagai JAHIL sedangkan dia sendiri yang cuba memusingkan (spin) fakta yang sebenar dari pengetahuan rakyat Malaysia. Tak salah kalau MyMassa menggelarkan Nurul Izzah sebagai si bogel yang memaki orang yang berpakaian.
Apa yang kita pelajari dari kejadian di UK adalah demonstrasi bertukar menjadi rusuhan apabila khabar angin di sebarkan. Dalam sumber wikipedia menyebut bahawa ada rusuhan berpunca apabila ada cerita mengenai seorang gadis 16 tahun diserang secara kejam oleh pihak polis.
Perkara yang sama berlaku di Malaysia apabila seorang 'askar' upahan PAS disuruh melakonkan watak lelaki yang sedang nazak. Lelaki ini berlakon bersungguh-sungguh sambil dirakam oleh beberapa jurukamera upahan dan kemudiannya disebarkan melalui YOUTUBE. Skrip ini dirancang supaya polis dilihat sebagai kejam dan ianya akan berlaku sebagaimana yang terjadi di UK. Ringkasnya, Polis Kejam = Orang merusuh mencari keadilan kononnya.
Malang bagi pembangkang apabila skrip yang diatur sebegitu cantik telah dipatahkan dengan kebenaran. Berlaku satu lagi kematian (yang real) tetapi bukannya kerana kekejaman polis. Bila terjadi dua kematian dan satunya tidak dirancang, maka perancangan mereka gagal kerana lebih tumpuan diberikan kepada kematian yang benar-benar berlaku. Namun, masih ada 'damage' yang telah berjaya disebarkan oleh pembangkang melalui video "Truth that cannot be covered".
Kesimpulannya, kami berjaya mem'bogel'kan Nurul Izzah dengan fakta-fakta yang sahih, bukannya satu cerita yang telah di'spin' oleh si nurul kepada Malaysiakini. Kepada pembaca MyMassa, ketahuilah bahawa sesuatu rusuhan tidak akan bermula dengan 'demonstrasi'. Apa yang berlaku di Timur Tengah telah mengajar kita tentang perkara ini. Malah, dalam peristiwa 13 Mei sendiri bermula dengan 'demonstrasi' secara aman (tidak bawa senjata) oleh pembangkang yang berarak sekitar Kuala Lumpur dengan membawa penyapu untuk menghalau orang Melayu. Tidak cukup lagikah kita belajar dari pengalaman?
No comments:
Post a Comment